Kerajaan persekutuan
Kerajaan Amerika Syarikat ialah di dalam bentuk kerajaan persekutuan. Perlembagaan Amerika Syarikat menghadkan kuasa kerajaan persekutuan kepada pertahanan, polisi luar negara, pencetakan mata wang, mengawal perdagangan, perhubungan antara negeri-negeri serta melindungi hak asasi manusia. Kerajaan persekutuan terdiri dari Kongres (cabang legislatif), Presiden (cabang eksekutif), dan Mahkamah Agung (cabang kehakiman). Ketiga-tiga cabang ini saling memeriksa dan mengimbang antara satu sama lain.
Cabang legislatif
Kongres Amerika Syarikat adalah dwidewan dan terdiri dari Dewan Perwakilan Rakyat dan Senat.
Dewan Rakyatnya terdiri dari 435 anggota Kongres yang dipanggil
"congressmen" atau "congresswomen", yang dipilih oleh rakyat dari kawasan pilihan raya
atau "congressional district" masing-masing. Mereka akan memegang
jawatan ini selama satu penggal (dua tahun). Bilangan kawasan bagi
setiap negeri bergantung kepada saiz penduduk di negeri tersebut, dan
setiap negeri-negeri mempunyai sekurang-kurangnya satu wakil rakyat. Menurut banci Amerika Syarikat 2000, setiap kawasan pilihan raya mempunyai purata penduduk seramai 640,000 orang.
Senat pula terdiri dari 100 ahli dipanggil Senator. Mereka juga dipilih oleh rakyat daripada setiap negeri
tetapi berbanding dengan wakil rakyat, tempoh satu penggal mereka
adalah lebih lama iaitu enam tahun. Bilangan Senator adalah sama bagi
semua negeri iaitu dua Senator bagi setiap negeri.
Ahli-ahli Perwakilan Rakyat dan Senator dipilih melalui sistem pilihan raya majoriti mudah.
Kebanyakan rang undang-undang
(bills) boleh diperkenalkan sama ada di "Dewan Perwakilan" atau
"Senat". Sekiranya kedua-dua Dewan meluluskan rang undang-undang
tersebut, Presiden akan di minta untuk menandatangani dan meluluskannya sebagai Akta. Seorang Presiden boleh membatalkan rang undang-undang, tetapi Kongres masih boleh menjadikannya sebagai undang-undang
jika mendapat dua-pertiga undi dari kedua-dua dewan. Semua rang
undang-undang untuk meminjam wang atau mengenakan cukai, akan bermula di
Dewan Perwakilan Rakyat.
Cabang eksekutif
White House atau Rumah Putih, kediaman rasmi Presiden Amerika Syarikat di Washington D.C.
Dipuncak cabang eksekutif ialah Presiden Amerika Syarikat. Presiden merupakan Panglima Besar angkatan tentera; semua staf militari berada di bawah bidangkuasanya, dan hanya beliau boleh melancarkan serangan senjata nuklear. Presiden berkuasa untuk meluluskan undang-undang, dan memberi pengampunan dan perintah eksekutif. Beliau juga mempunyai tugas-tugas lain di bawah perlembagaan, antara lain memberi ucapan "State of the Union" kepada Kongres pada setiap tahun. Di bawahnya pula ialah Naib Presiden yang berperanan sebagai penasihat pertamanya dan penyokong atau "backup" Presiden, dan merupakan ketua atau Presiden Senat,
dengan kuasa untuk menentukan undian apabila ia terikat (tiebreaking
vote). Kedua-dua jawatan tersebut dipilih oleh rakyat setiap empat
tahun. Pemilihan Presiden Amerika adalah agak rumit kerana ia
membabitkan pemilihan rakyat melalui sistem "Electoral College"
atau perwakilan bagi setiap negeri di Amerika Syarikat. Oleh itu,
seorang calon Presiden mesti mendapat sokongan lebih 50% dari perwakilan
negeri di Amerika Syarikat. Sejak kemenangan George W. Bush yang kontroversial pada pilihan raya 2000, keberkesanan sistem pilihan raya Amerika telah banyak dipertikaikan.
Selain itu, terdapat pula ahli-ahli Kabinet, dan pelbagai jabatan yang mereka terajui, termasuklah Jabatan Pertahanan, Jabatan Kehakiman, dan State Department. Jabatan-jabatan tersebut dan ketua-ketuanya memegang kebanyakan kuasa politik dan juga melaksanakan undang-undang negara.
Dari segi parti politik, terdapat dua parti politik yang paling utama iaitu parti Demokrat dan Republikan.
Cabang kehakiman
Mahkamah tertinggi negara adalah Mahkamah Agung Amerika Syarikat, yang terdiri dari sembilan hakim. Antara lain, mereka berkuasa untuk mengisyhtiharkan undang-undang
dimana-mana peringkat kerajaan sebagai tidak sah kerana tidak mengikut
perlembagaan. Sesiapa yang melanggar perlembagaan persekutuan boleh
dikenakan tindakan undang-undang. Malah, Presiden pun tidak terkecuali
dan boleh dijatuhkan sekiranya dia tidak mengikuti perlembagaan. Kuasa
ini yang dipanggil "power of impeachment" telah menjatuhkan beberapa
presiden termasuk Presiden Nixon. Di bawah Mahkamah Agung ialah Mahkamah Rayuan, dan di bawahnya pula ialah mahkamah daerah, yang merupakan mahkamah perbicaraan am untuk undang-undang persekutuan.
Cabang kehakiman diperingkat kerajaan pusat akan hanya dirujuk, apabila pengadu tiada ruang lagi di mahkamah negeri atau sekiranya ia melibatkan urusan persekutuan atau perlembagaan
negara. Suatu kes hanya boleh dirayu dari mahkamah negeri ke mahkamah
persekutuan, sekiranya ia menyentuh isu persekutuan. Mahkamah Agung
Negeri atau "State supreme court" merupakan autoriti terakhir untuk
menafsir undang-undang serta perlembagaan negeri masing-masing.
Kerajaan negeri
Di Amerika Syarikat, kerajaan negeri merupakan pengaruh terbesar dalam hidupan harian masyarakatnya. Setiap negeri mempunyai perlembagaannya yang tersendiri dan undang-undang
yang berlainan. Kadang-kala terdapat perbezaan yang amat ketara dari
segi undang-undang dan prosedur dari satu negeri ke negeri yang lain,
terutamanya perkara-perkara yang melibatkan hartanah, jenayah, kesihatan dan pendidikan. Oleh itu bidangkuasa polis sesebuah negeri hanya terbatas dinegerinya sahaja. Pegawai kerajaan yang tertinggi di sebuah negeri ialah Gabenor.
Setiap negeri mempunyai satu badan perundangan yang dipilih yang
terdiri dari sama ada satu atau dua dewan, dimana setiap ahlinya
mewakili daerah-daerah dinegeri masing-masing. Badan perundangan yang
paling menarik ialah di New Hampshire,
yang merupakan badan perundangan ketiga terbesar di dunia pertuturan
Inggeris, dan ia mempunyai seorang wakil bagi setiap 3,000 orang. Setiap
negeri mempunyai instutusi kehakimannya yang tersendiri, dengan mahkamah
yang paling rendah biasanya mahkamah daerah atau "county courts", dan
yang paling tinggi ialah mahkamah agung negeri atau "state supreme
court", walaupun di setengah negeri namanya mungkin berbeza. Dalam
beberapa negeri, hakim mahkamah agung dan mahkamah rendah adalah dipilih oleh rakyat masing-masing; manakala di sesetangah negeri yang lain, mereka dilantik sama seperti mahkamah dalam sistem persekutuan.
Kerajaan tempatan
Institusi-institusi yang bertanggungjawab ke atas kerajaan tempatan seperti daerah, bandar raya ataupun bandar serta membuat undang-undang untuk kawasan tersebut. Undang-undang tersebut yang dikenali sebagai undang-undang kecil biasanya membabitkan kesalahan trafik, penjualan arak, dan penjagaan binatang. Lazimnya, pegawai rasmi yang tertinggi di bandar atau bandar raya dipanggil "Datuk bandar". Di beberapa negeri seperti New England, kaunti
atau daerah mempunyai sedikit kuasa atau tiada kuasa langsung. Manakala
di negeri lain, kerajaan daerah atau "county governments" mempunyai
lebih banyak kuasa, misalnya kuasa mengutip cukai, menyelanggarakan
agensi-agensi penguatkuasa undang-undang, dan menguruskan pendidikan
melalui "school boards" atau lembaga sekolah.
0 komentar: